Monday 23 February 2015

3 Jenis Sabar..

Daripada kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali iaitu :

1)SABAR MELAKUKAN KETAATAN
Istiqamah dalam perintah dan larangan Allah s.w.t. Firman-Nya di dalam surah Luqman ayat 17 yang bermaksud, "Wahai anakku dirikanlah sembahyang, suruhlah kepada kebaikan , tegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas apa yang menimpa kamu.

2)SABAR MELAWAN MAKSIAT
Berjuang menolak tarikan kejahatan melalui hawa nafsu dan godaan syaitan. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Nazi'at , ayat 40-41 yang bermaksud , " Sesiapa yang takut keagungan Tuhannya dan dia menahan hawa nafsunya sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya".

3)SABAR MENGHADAPI MUSIBAH
Dunia sebagai tempat Allah s.w.t menguji Iman hamba-Nya dengan berbagai bentuk musibah bagi membezakan  yang berkualiti dengan tidak . Maksud firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Ankabut ayat 1-2 yang bermaksud , " Apakah manusia menyangka mereka dibiarkan mendakwa beriman sedangkan mereka belum diuji (bagi membuktikan keimanan mereka )."